Anda boleh memulakan website anda sendiri dengan menggunakan platform seperti blogspot atau wordpress. Tapi pendapat saya, saya lebih selesa menggunakan blogspot kerana ia lebih user-friendly. Gubah kandungan blog dengan informasi yang padat berserta interface yang kemas dan menarik. Bagi blogger sedia ada, jangan ketinggalan untuk menukarkan blog address anda kepada address yang lebih pendek.
Antara syarat GMBO adalah:
Antara syarat GMBO adalah:
- Website mesti mempunyai domain .my, .com.my, .edu.my, .org.my atau .net.my
- Perniagaan atau syarikat mesti berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
- Berumur antara 18-65 tahun
- Warganegara Malaysia
- Melanggan dengan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).
- Mempunyai akaun bank tempatan atas nama individu usahawan/perniagaan/syarikat.
Anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan domain .my, .com.my, .edu.my, .org.my, .net.my. Saya memilih .my untuk blog ini kerana lebih pendek dan lebih mudah diingati.
MYNIC Berhad adalah satu-satunya pembekal domain .my di Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang MYNIC, anda boleh layari www.mynic.my
Langkah pertama untuk mendapatkan domain .my seperti website ini, www.nrmuslimah.my adalah dengan melayari www.ichoose.my
- Periksa dahulu sama ada blog nama anda masih belum dipakai atau tidak. Jika available, teruskan untuk pendaftaran.
- Isi maklumat anda termasuk maklumat perniagaan/syarikat.
- Buat pembayaran. anda boleh membuat pembayaran melalui kad kredit, kad debit (VISA atau Mastercard) atau online banking seperti Maybank2u, CIMBClicks, Hong Leong Connect, RHB Now, Bank Islam Online, PBe Bank, AllianceOnline, dan AmOnline.
- Anda akan mendapat email pengesahan setelah transaksi pembayaran berjaya dibuat. Dalam masa 24 jam, blog/website anda yang mempunya domain .my, .com.my, .edu.my, .org.my atau .net.my sudah boleh dilayari di internet.
Sekiranya ada masalah atau pertanyaan, anda boleh email kepada admin ichoose.my. Respon mereka sangat pantas.
Setelah selesai, jangan lupa buat permohonan GMBO di http://gmbo.skmm.gov.my/
Sekiranya anda dapati artikel ini membantu, sila tekan butang SHARE untuk membantu orang lain pula. ^_^
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan pesanan.